Thursday, December 6, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Samsung Note 2
Friday, April 27, 2012
alahai mak kawinkan aku
Saturday, April 21, 2012
ziana zain vs azlan
Daripada dulu, aku memang minat dengan ziana zain... Biarpun masa tu, Siti Nurhaliza lagi popular...Sekarang pun sama jugak..
Tapi aku rasa gandingan kali ni, boleh jadikan satu fenomena yang akan menggegarkan tanah air andai kata ada komposer yang berminat untuk buat lagu kasi diorang nyanyi bersama.. Terbaiklah!!!
Ziana zain memang tak perbah menghampakan... Azlan pula dengan suara lantang dan serak... Meremang bulu roma aku dengar... Memang malam tu, persembahan paling terbaik aku rasa...
Ps: Harap ini bukan duet pertama dan yang terakhir aku dengar..
taman orkid kuala lumpur - part 1
aku dah tak ingat bila..tapi yang pasti hari tu kitaorang pergi hari ahad... Mcm biasa la, kitaorang decide tak nak masuk midvaley.. padahal dah boring... t_t ...
Pusing punya pusing akhirnya park dekat taman burung... Tapi memandangkan tiket mahal, kitaorg pergi taman orkid..
Murah je...rasanya semua mampu masuk...RM1 sahaja sekali masuk.. Tapi masuk yang ni kitaorang tak bayar...sebabnya takda langsung orang jaga... masuk free je la... berdosa ke?
Banyak orkid...suka sungguh...cantik-cantik...terpegun pulak tengok pemandangan.. Taman pun bersih je.. Cuma pengunjung majoritinya bukan orang Malaysia la..
Ada juga gerai menjual orkid... Kalau tak silap serendah RM3... Okla kan harga...semua mampu beli... Ok. sekian.. Bai..
Saturday, February 11, 2012
pendek!
ok..
nanti post yang lain.. adioss..
Friday, September 16, 2011
Aku pakai braces 8 tahun.. Kau ada?
Aku tak ingat umur berapa la, masa tu gigi aku dah nak tercabut pun tinggal nyawa-nyawa ikan la kiranya..ada ke gigi gitu? Tapi disebabkan perasaan takut yang amat sangat aku diamkan saja. Biar gigi tu bergoyang-goyang dalam mulut..Nasib baik tak tertelan gigi masa makan..Adeh, teruk betul..
Disebabkan hal ni, aku mengalami masalah gigi yang tak teratur..Mana nak cantiknya gigi tu, dah kalau macam tu perangai aku masa kecil-kecil dulu kan.. So, bila dah besar sikit, aku pun decide la nak pakai braces. Untuk pengetahuan korang, ibu aku adalah orang pertama yang melarang, sebabnya aku pun tak tahu.. Sampai ibu cerita, " Tahu tak, dia akan belah pipi tu sikit sebelah kiri dan kanan sebab nak masukkan besi kat hujung-hujung gigi tu" Tak ke gila, mahunya aku nak pergi belah pipi aku semata-mata untuk gigi..Tidak la...Aku yang masa tu, baru form 1 punya la percaya, sampai aku tak jadi nak pakai braces.. Zaman tu mana la ada orang pakai braces ni, ada pun boleh bilang dengan jari, terlalu sikit. Tapi ni dekat kampung aku la..
Sampailah masa aku form 4,anak kawan ibu pakai braces, aku pun tanyalah dekat dia, ada ke proces dia macam tu sekali? Tidak la sama sekali.. Aku bukan main suka lagi.. Kiranya seronok la..Dan memang bertekad sangat nak pakai..
Buat braces zaman tu kalau swasta memang la mahal... tak macam sekarang yang aku rasa lagi murah.. Aku pun decide buat dekat klinik kerajaan. Tapi bila buat dengan goment ni, korang kena la bersabar yang sangat banyak.. Seingat aku, selepas 5 kali rawatan tak silap, aku kena menunggu selama setahun pula untuk proces seterusnya.. Punya la lama kan?
Untuk pakai braces ni, aku terpaksa mencabut 4 batang gigi, yang 2 daripadanya adalah gigi susu aku.. Rawatan memang lambat, sebab selang 2 atau 3 bulan sekali baru aku akan jumpa doktor semula..Aduh... Akhirnya selepas habis SPM, aku kena sambung belajar dekat Penang..
Masa dekat penang, aku memang ada cari klinik kerajaan yang buat perkhidmatan ni, tapi memang sangat jauh dari tempat belajar aku.. Masa pun berlalu dengan pantas, akhirnya 2 tahun berlalu dengan macam tu je.. Gigi aku yang berkawat ni, terabai.. Tapi still dalam keadaan baik..Cuma tak ada apa-apa rawatan susulan yang aku buat..
Akhirnya, aku sambung pula belajar dekat jengka.. 3 tahun kot aku dekat sana..Selama tu jugak la tak pergi check.. Aku takut doktor lama tu mengamuk sebab aku tak pergi check up macam dia suruh.. Di buatnya betul-betul belah pipi aku ni tak ke naya aku nanti..Korang bayangkanla... Tak ke gila kan..
Akhirnya dapat je aku kerja, aku pun tanpa berlengah terus pergi check dekat klinik swasta dekat Kuantan.. Alhamdulillah doktor tu nak terima kes aku.. Buatnya aku kena pakai sampai ke tua..Bayangkanlah...apa aku nak jawab ke cucu nanti.. T_T
Dekat klinik ni, setiap bulan aku akan dapatkan rawatan.. Yang bestnya, bila part bayar, dekat klinik ni korong bayar secara installment.. Untuk tahun pertama, aku bayar RM200 sebulan dan diikuti tahun seterusnya RM100 sebulan..Kiranya, tak ada la rasa terbeban sangat dari kena bayar beribu-ribu terus kan?.. Tapi first rawatan aku kena bayar RM400, dan last rawatan sekali aku kena bayar RM300 lagi..
First aku punya check up kalau tak silapnya bulan Jun 2009 dan akhirnya masa yang di tunggu pun tiba.. 3hb September 2011 merupakan hari sejarah dalam hidup aku.. Setelah 8 tahun, aku akhirnya tanpa braces!!!.. Ko bayangkan.. lama gila kot..Ko ada? Confrim tak ada orang macam aku.. Boleh masuk dalam rekod malaysia ni, tak pun rekod dunia..
So pada korang semua, jangan la jadi macam aku.. Tahu tak dalam tempoh 8 tahun ni, aku dah nak muntah dengar orang tanya aku, "bila ko nak cabut besi ko tu so?".. Jawapan aku senang je, aku sayang nak cabut.. Hahahaha..
Gambar pertama aku tanpa braces.. Masih malu-malu nak menayangkan gigi yang telah cantik tersusun.. Hehehe..
p/s: sekarang ni aku rasa macam tak da gigi..
bulan baru, office baru, bilik baru...
Sunday, July 31, 2011
Beribu Sesalan
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
ramadhan datang lagi..jom berpuasa!
Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Saturday, July 16, 2011
air tea yang best gile.. :)
Besar betul gambar yea.. Bukan apa, kalau tengok dari segi rupa, nampak air biasa jea.. Tapi cuba korang try test tengok... Sedap woo.. Kerana kesedapannya, aku selalu tak sabar nak tunggu masa lunch. Gila kot..Agak2 diorang ni taruk dadah dalam air ni..
Rasa air tea susu jea, cuma rasa lebih berlemak berkrim sikit...Dan ada plak lagi buble2 yang best tue.. Memang sedap sangatlah..Kena dengan tekak aku nie...Tapi aku tak sure la diaorag ni pakai susu brand apa... Apa2 pun, hampir setiap hari aku akan beli..Dekat cafe office ni, diorang panggil red pearl milk tea... Nanti korang try la sekali yea.. But make sure sama macam air aku, nanti kata aku menipu plak... Btw, harga dia RM3.90... Apa2 pun, memang best air ni..
Sunday, July 10, 2011
Kelebihan dari PIPER BETLE L
Saturday, July 9, 2011
jom shopping bag di sometime online store.
Sekarang ni, tinggal beberapa hari saja lagi kalau korang nak borong banyak. Sebabnya promosi sampai 15th July sahaja. So apa tunggu lagi.. Jom kita singgah SOMETIME ni..
aku sekarang tengah usha bag kat bawah ni..





Saturday, May 28, 2011
berkais pagi makan malam untuk BEG COACH?
Sampai je depan pintu, jeng jeng jeng.... CLEARANCE SALES!!!!!... wah terbeliak biji mata aku..padal la ramai bebenor..So apa lagi, jenguk la aku ke dalam.. 30% diskaun...dan ada jugak la yang 50% tapi tak lawa sangat la..
Belek punya lama, akhirnya berkenan dekat sebuah beg..RM1,450.00, lepas 30% tinggal RM1,015.00. Aku punya la confident level tahap tinggi, bergaya depan cermin bagai..Tapi apalah mampu aku kan, setakat bergaya depan cermin dekat kedai tu je la, tak mampu nak bawak balik.. T_T.. Dalam hati asyik cakap, Gila ko nak beli beg sampai beribu, ko ingat ko sape?.. Disebabkan aku ni, sedar diri, terpaksa la berangan saja.
Dengan muka yang slumber, takpe la dik, akak tak jadi.. Mesti promoter tu rasa nak lempang jea aku kan..hehehehehe.. Bila lagi nak merasa kan..Tapi ok ape, bos aku yang join membelek beli..So kiranya kitorang kuar ada la juga bawa sesuatu kan..Hehehehe, kira wakil la tu..Cukup la kan...
Kalau dah gaji pun tak tentu lagi aku akan beli, bak kata pepatah, ukur baju kat baju sendiri.. Dah kalau ko badan saiz 30 memang tak akan muat la saiz 24 kan...Melainkan ko potong lemak2 kan badan tu.. Takkan la aku nak berkais pagi makan malam pula semata2 nak bergaya..
*cer citer kat en.BF mana nak tahu, tetibe dapat delivery mengejut kan ofs.. (*-*)'
Thursday, May 12, 2011
pembelajaran yang tertangguh
Sebut pasal nak sambung belajar ni, sekarang tengah usha meja untuk study..hehehehehe...Belajar tak start lagi, macam2 ko nak yea!..Hahahahhaha..Aku memang excited lebih!...('-') ...
usha kat internet ni, jumpa yang macam nie..
Thursday, April 28, 2011
looking for part time job.. :)
Tapi masalah sekarang ni, stiap kali aku search kerja tak ada yang sesuai. Bukan aku memilih, cuma masa, tempat dan keadaan itu yang tidak mengizinkan. Kalau nak kerja pun, aku ada masa free sabtu dan ahad.Ataupun malam. Bila nak kerja, semestinya aku kena ikut jadual diorang, takkan la diaorang nak ikut jadual aku bukan. Tapi serius kalau promoter memang aku tak berminat. .Aku pun tak pandai la nak promote barang2 dekat orang.. Lagipun tak best la...Aku selalu tak suka kalau promoter datang dekat2 dengan aku..Serabut je aku rasa..
Pernah juga nak minta kerja dekat wayang mid valley, hari dah boleh. Tapi bila kena pada timing tu, yang tak boleh pula. Eish, macam mana aku nak balik rumah kalau habis kerja pukul 2 pagi..Erm, saya tak ada kereta..Sedihkan..Tak dapat pulak la nak kerja sebabnya masa tak boleh nak adjust. Kalau setakat pantai dalam dengan mid vally tak da la jauh sangat, tapi kalau jalan kaki pukul 2 pagi, memang korang tak kan sampai rumah rumah la kot aku rasa.
Terfikir nak jadi pengasuh..Mesti ada yang nak guna pengasuh bila sabtu dan ahad kan.. Macam mana aku terpikir? Sebab aku selalu tengok dalam cerita orang putih..Hehehehe..Diaorang biasa buat sambilan jaga anak orang time weekend. Apasalahnya aku nak apply kan? Tapi sekarang ni,..aku pernah buat iklan sekali kat mudah, tapi takda yang nak sabtu dan ahad..Semua nak pakai sabtu hingga ahad saja. Memang tak dapat la kan.
Jadi sekarang ni, aku masih tak ada kerja sampingan lagi..Ingat nak mengajar la...Tapi kalau setakat nak mangajar abc.....sampai z boleh tak?..Hehehehe :)
Saturday, April 9, 2011
masa berjauhan apa nak dikenang, bila di fahamkan itulah sayang... # 1
Saturday, March 26, 2011
tauhu sumbat bersama sayur campur dan telur
ni la yang aku nak buat...Serius sedap...Boleh eak puji masakan sendiri? Ada aku kisah? (-.-)" Simple sangat nak masak, bahan pun tak banyak..
Bahan-bahan diperlukan cuma
minyak
garam
sayur campur
bawang merah
bawang putih
telur
tauhu
cili api
cara-caranya,

































