Saturday, March 26, 2011

tauhu sumbat bersama sayur campur dan telur

hari ni zyr nak datang melepak dekat rumah, so rasa nak masak...


TADAAAAAAAA.....




ni la yang aku nak buat...Serius sedap...Boleh eak puji masakan sendiri? Ada aku kisah? (-.-)" Simple sangat nak masak, bahan pun tak banyak..


Bahan-bahan diperlukan cuma


minyak
garam
sayur campur
bawang merah
bawang putih
telur
tauhu
cili api
cara-caranya,




rebuskan sayur campur terlebih dahulu

sambil tu, panaskan minyak

minyak dah panas, masukkan tauhu..Sebelum goreng, aku akan buat hirisan ditengah-tengah tauhu tue dulu..Motif?..Saja..Hehehehe..

goreng sampai jadi warna kekuning2an la...Kalau korang nak garing lagi pun boleh juga

untuk intinya, tumiskan bawang merah dengan bawang putih yang dicincang halus

lepas tu, masuk kan telur

masukkan sayur campur yang dah direbus, cili dan jugak garam. 

dah masak, pastu korang sumbatkan la, dalam tauhu yang dah di goreng tadi. Siap!

 makan dengan sos




memang aku saja bagitahu step satu persatu, sebab nak menggambarkan betapa mudahnya nak masak tauhu ni...So jangan lupa try yea..



kejadian dalam fitting room

kalau dalam fitting room, mesti ambik gambar? asal ambik gambar dalam fitting room.. Hehehehehehehe.. Dah macam habit je aku rasa..

tempat: ecm shopping mall kuantan
masa: 9.30 malam




wif my sis, ayu

3 siblings. from left me, sofia and ayu


looking at?


huh..wanna be like us?..hehehehhe *gedik!




again!


hanger pls..


oopss


what?

ps: moral of the story, stay away from fitting room hahahah..or stop shopping!..boleh ke?



Wednesday, March 23, 2011

jawapan en.BF yang mengecewakan...

Entry sedih...semalam bersms dengan en.BF..


en.BF: awak
aku: yea wak
(kita orang memang starting macam tu kalau msg)
en.BF: buat ape jea? tak tido lagi?
aku: online.. :-), tapi dah nak shut down pun nie, jap yea tutup laptop jap..
en.BF: ok
aku: awak, sayang kita tak? sila jawab dalam 20 patah perkataan yea..
en.BF: sayang la
aku: 20 patah perkataan la..
en.BF: Err...nak cakap apa yea?


ada ke patut tanya balik?yea, macam nie la jawapan kalau korang dapat bf/kekasih/buah hati/pakwe yang tak romantik... T_T

header baru

Saja nak bagitau aku ada header baru..Mesti terkejutkan? Pandai pula la SO nie buat header?..Oh no.no.. Bukan aku yang buat...Tapi aku mintak tolong ezan buatkan..Hehehehe....


ps: nak jugak? klik jea warna merah nie.. :-)

Monday, March 21, 2011

Baby Shower Party vs Kenduri Doa Selamat

Korang pernah dengar tak pasal baby shower?..Kalau dulu memang tak la kan..Tapi sekarang ni aku rasa dah ramai yang tahu..Dan aku rasa dah ada juga yang memulakannya..Untuk lebih memahami tentang baby shower ni, aku pun google la dekat wikipedia..So ni jawapannya,


"is a way to celebrate the pending or recent birth of a child by presenting gifts to the parents at a party"


Faham dah sekarang maksudnya?..So aku tak rasa pun Baby shower ni sebenarnya macam melenggang perut..Cuma dapat aku rasakan yang ianya hanyalah sebuah pesta yang meraikan pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran anak mereka dan para tetamu yang hadir akan membawa hadiah untuk mereka.So, apa yang salahnya kan?


Nanti dulu, Ya, aku memang kata Baby shower tu tak salah..Dan tidak pula aku menyokong..Cuma bagi aku, kepada yang beragama Islam apa kata kita tukar Baby Shower Party tu kepada Kenduri Doa Selamat..Kan lebih baik dan lebih bagus..Dan biarkan saja, agama lain yang menyambut Baby Shower Party tu..


Dalam keadaan kita yang sarat mengandung dan menanti cahaya mata, alangkah baik dan bagusnya jika kita lebih mendekatkan diri pada Allah. Sebabnya, dalam kenduri itu nanti kita boleh selitkan dengan bacaan doa, sembahyang hajat, bacaan Al-Quran dan macam2 lagi.. Moga2 lebih dipermudahkan lagi saat melahirkan..


Apapun, setiap amalan kita di dunia ni, akan di hitung walau sebesar zarah pun..Walaupun aku tidaklah sepandai mana, dan cetek ilmu agamanya, tapi kita boleh saling ingat mengingatkan..Ya, memang kubur lain2, dosa pun diri sendiri yang tanggung, tapikan, masa kita mati nanti, kita masih memerlukan orang lain untuk mengkhafankan, memandikan dan membacakan talkim untuk kita..So tak salah kalau kita saling ingat mengingatkan..


ps:kalau orang ajak pergi Baby Shower Party macam mana pula yea? Errmm..

Sunday, March 20, 2011

CIK EPAL CONTEST

jangan nak buat terkejut yea..memang aku nak join contest yang cik epal nie buat..Tp ambik gambar biar malu2..T_T ... Its ok, belum cuba belum tahu lagikan..Untung2 dapat menternak lemak dengan cik epal... Best woOO..

mula2 meh la kita taruk header cik epal nie yea..


nie la gambar aku malu2 makan epal yea..


slogan die pulak.....


Saya membaca blog cik epal kerana saya rasa blog nie ada kelainan sikit..Entahlah, first time baca, rasa nak terus jer membaca dan terus melekat sampai sekarang..Dan yang penting tak rasa boring pun....Dan satu lagi saya dapat lihat your self confident sangat bagus..walaupun suka menternak lemak..hehehehehehe...jangan marah yea cik epal.. =P



Kalau korang nak join pun boleh lagi..Sebab masih lagi terbuka...Kalau nak tahu caranya2 just pegi dekat blog cik epal...Tak tahu?..Click jer nama cik epal yang aku dah link kan tue yea...

2 kawan yang aku nak tag tuk contest nie, zira dan anis


Thursday, March 17, 2011

soalan yang tak mampu aku jawab

Sejak kebelakangan ni, kerap sangat aku di ajukan dengan soalan yang satu ni...Serius, aku memang tak reti nak jawab...So/Uya bila nak kawin yea?...Tapi kan, kalau orang yang belum kawin tanya macam mana yea...?Aku tak marah pun kalau korang tanya soalan tu..Cuma aku rasa, kenapa yea korang tanya soalan gitu dekat aku..? (^-^) 

Bila tengok2 balik semula...ramai sungguh kawan sebaya dah pun tukar status...Ada jugak yang dah beranak pinak pun...Padal la sibuk sangat orang tanya....Tapi kan, satu jer aku nak tanya, "kalau kawan kau dah kawin, kau pun kena kawin jugak ke? What the.......

Aku kira nasib baiklah, dapat family yang tak pernah nak paksa2 atau sibuk suruh aku kawin...Walaupun kadang2 abah aku suka bergurau cakap ada yang datang merisik...Tak ada la pulak orang nak merisik aku ni kan...I'm not like Hana Tajima yang comel tu.. T_T..

Tapi aku dah ada jawapan pada soalan tu sekarang...So bila ada orang tanya, aku akan suruh pegi cari jawapan dekat blog aku ni..Hahahahhaha..Good idea kan?..hehehehehe..

Soalan:
Bila nak kawin?

Jawapan:

1. Tak kan aku nak perigi cari timba? Cakap dekat en.BF, awak tolong pinang saya sekarang, kawan2 semua dah kawin, saya kena la kawin jugak!!!..tak kuasa mak nyah oiiii...

2. Saya tak ada duit lagi..Of course la nak kawin kena pakai duit yang banyak kan...Takkan nak harapkan ibu abah support sepenuhnya kan..Kalau boleh, aku tak nak nyusahkan ibu abah dari segi kewangan..

3. Tahun ni, aku sambung belajar, so aku tak pandai nak bahagi2kan masa..Aku bukan seorang pengurus masa yang baik..Aku tak belajar lagi macam mana nak jadi seorang pelajar, anak dan isteri pada satu masa...

4. Aku tak puas hidup bujang lagi...Ada banyak benda aku nak kena buat sebelum kawin.

5. Aku tak sedia nak jadi isteri..


Aku rasa itu sahaja sebab kenapa aku tak kawin lagi buat masa yang terdekat ni..Tapi andai ada jodoh, dah pada masa tu memang sesuai, aku akan khabar2kan pada korang semua ya..So tak ada la korang semua penat2 nak kawin kan...


ps: aku rasa aku terlalu muda sangat untuk berkahwin..Hehehehehe


Wednesday, March 16, 2011

pesan abah pada aku

"uya, manusia ni ada macam-macam perangainya....dan tak semestinya dia rapat dengan kita bermakna dia suka kita"


Mendalam apa yang abah cakap tu..Dan aku akui ada benarnya kata2 abah...Rambut sama hitam, tapi hati lain2.... Lagilah sekarang, rambut pun dah macam2 warna...Hati lagi la susah nak cakap kan...Tapi, aku tahu tak semua macam tu...Cuma susah sikit la nak jumpa.. Zaman sekarang semua sedang berlari-lari mancari tapak untuk keselesaan sendiri. Sampai tak nampak dah parking kat tempat orang lain..  

BB

nak BB la... boleh x?

Tuesday, March 15, 2011

lemah dr segi mental

erm...adakah benar?



bila aku pikir2 semula, memang ada kebenarannya...aku memang lemah sedikit dari segi mental...Tapi itu tak bermakna aku gila yea..Eish..maksud aku, dari segi ketabahan..Tapi tak semuanya...Sesetengah perkara sahaja...Tapi itu tak bermakna aku tak cekal kan..Cuma aku mudah tersentuh..

penghasilan felt yang memakan masa 2 minggu

Kalau orang yang dah expert memang sekejap sangat nak hasilkan kerja2 yang aku buat..Tapi takpe..Masa masih panjang...Aku pun buat perlahan2, supaya hasil jahitan kemas dah lebih elok dari pada yang pertama...Ok mari layan gambar hasil dari kerja tangan aku..


Tapi aku nak tunjuk dulu, casing handphone yang aku buat sesama sesi pembelajaran bersama cikgu zira (wah, sejak bila ko cikgu nie)...Dengan tunjuk ajar, dapat la aku hasilkan jahitan yang kemas..Meh tengok..



jahitan pun dah ok kan?..betul la, kalau kita nak belajar memang kena ada tok gurunya...supaya boleh membantu...Lepas dah pandai, aku buat yang len pulak...



side A

side B
yang ni, untuk housemate aku...dia orang pertama yang mintak dengan aku...so aku buatkan keychain yang ada nama dia..Next, aku buat lagi keychain...Tapi kali ni, untuk family aku..

side A

side B
Ada 8 semua sekali..Bentuk kucing tu, untuk adik aku...Yang dua warna hijau tu ibu dan abah...Bulat gemok tu, abang ipar aku, Huruf D dan A untuk abag aku..(kakak aku comment huruf D aku macam karipap!!..     T_T...takperla, janji ada iras2 kan)...merah panjang untuk kakak aku dan last yang bentuk love untuk kakak ipar aku....So far, bentuk2 simple lagi...yang mudah nak di buat, next time aku akan buat yang berbentuk2 lagi.... Ok, meh layan lagi gambar kat bawah ni...






















ps: memang gambar yang sama...tapi suka hati la kan...Saje nak kaci entry nie panjang sikit.. (*-*)'

Saturday, March 12, 2011

zaman bergelar pelajar memang menyeronokkan

Belek2 gambar la dekat external drive, jumpa gambar gambar lama masa dekat uitm jengka... Masing2 macam tak tak pernah bergambar....
.


dari kiri t'qah, fara dan aku... First mesti la gambar sekema dulu kan.. 




aksi dimulakan..T_T...apakah itu?..fara sgt manis bila senyum!


one malaysia!...two? peace!..hehehhehehe


percubaan fara untuk mimik ikan buntal!



di ikuti aku!



senyum itu sedekah.. faham2 la kenappa aku tak nampak gigi yer...




sengaja nak tunjuk jari jemari kami yang runcing... _ =)



biasa la, mesti ada yg nak join sekali kan......






memang rindu sangat dekat diorang nie...



ps: bila dah kerja, memang rindu sangat saat2 belajar dulu...

Thursday, March 10, 2011

kini tiada lagi yang tidak mungkin

Betul..mula-mula bila bajet 2011 di bentangkan dulu, aku tak yakin langsung..macam tak percaya...Sampai la beberapa hari yang lepas, PM sendiri yang rasmikan..Huhuhuu, mesti tertanya2 apalah yang aku sibuk sangat bercerita nie..Sebenarnya aku teruja sangat dengan "Skim Rumah Pertama"...





Kriteria Kelayakan Utama


*Warganegara Malaysia

*Pembeli rumah pertama

*Berusia 35 tahun ke bawah

*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan

* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000

*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan

*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan

*Bukti pendapatan





Best jer kan syarat2 utama yang dikenakan...Erm serius, untuk orang yang masih muda macam aku ni terutamanya, dengan pendapatan dibawah RM3000 sememangnya mimpi di malam hari jer untuk nak beli rumah...Tapi bila ada skim macam ni, sekurangnya, mimpi tu boleh jadi kenyataan kan?...So korang semua yang ada keinginan/kehendak/impian atau apa2 yang macam aku nie, boleh la jenguk2 bank yang tersenarai kat bawah nie..



Bank Skim Rumah Pertamaku



1. Affin Bank Berhad

2. Affin Islamic Bank Berhad

3. Alliance Bank Malaysia Berhad

4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad

5. AmBank Berhad

6. AmIslamic Bank Berhad

7. Bank Islam Malaysia Berhad

8. Bank Muamalat Malaysia Berhad

9. CIMB Bank Berhad

10.CIMB Islamic Bank Berhad

11.EON Bank Berhad

12.EONCAP Islamic Bank Berhad

13.Hong Leong Bank Berhad

14.Hong Leong Islamic Bank Berhad

15.Maybank Berhad

16.Maybank Islamic Bank Berhad

17.OCBC Bank Malaysia Berhad

18.OCBC Al Amin Berhad

19.Public Bank Berhad

20.Public Islamic Bank Berhad

21.RHB Bank Berhad

22.RHB Islamic Bank Berhad

23.United Overseas Bank Malaysia Berhad

24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

25.Standard Chartered Saadiq Berhad


Tapi walau macam mana pun, semuanya kena bergantung pada bajett juga kan...Jangan la di sebabkan adanya skim ni, teruja sangat, tanpa berkira-kira terus jer serbu bank terus beli rumah..Huhuhuhu...apa2 pun kena jugak buat kira-kira dulu...Andai betul2 mampu, ada duit lebih boleh la kan...Lagipun, ada masa banyak lagi....


Sekarang aku nak berangan rumah macam nie boleh tak?Hehehehehhehehe


1

2

3




tadaaaaaaaa..................




tak besar sangat, dan tak kecil sangat...Sedang2 saje.... Kereta tue pun antara yang masuk mimpi di malam hari... T_T



gambar di ambil hasil dr mr.GOOGLE search yea..hehehhehehehehe