Sebenarnya hari Ahad selepas aku habis test hari tu, aku berjalan-jalan sekitar bb.. tak sangka pula macam nak masuk dalam mcd, ada sorang abang tu tegur.. Dialog lebih kurang macam ni la..
tak kenal: dik, nak minta tolong sikit
Aku: = =" (dalam hati asal plak mamat ni? aku lapar ni...)
tak kenal: sy nak tanya soalan.. pastu tolong jawab je.
aku: ok.. (tanpa pikir panjang)
tak kenal: orait..baik la adik ni..dah la comeiii
dialog last tu, itu pun kalau korang percaya la kan.. hahahahhahaha
Tak la aku sangka, rupanya nak masuk tv.. sebab tak perasan langsung.. rupanya dah ramai yang standby untuk shoot je lagi.. Nak mengelak pun dah tak boleh dah.. Lepas tu adik tu kata, kak jawab je soalan saya.. soalan senang2 je kak...
Memang soalan senang.. Tapi masalahnya aku tak tau nak jawab.. sebab macam aku tak rasa aku ni tak layak kot.. Tapi jawab jeala kan.. Tapi soalan dia tu.. Adoii.. pening kepala aku..
- apa maksud king control?
- perlu ke king control?
- cemburu tu bagus tak?
- biasanya kalau cemburu, siap lagi teruk? perempuan ke lelaki?
- cemburu tu, perlu ke?
keatas tu adalah senarai soalan yang adik perempuan tu tanya pada aku.. tapi ada lagi yang aku tak ingat.. erm, macam mana la aku leh jawab soalan2 nie kan..hahahahhaha
aku tak tahu saat entry ni di post, cerita ni dah kuar ke belum.. actually bukan cerita, tapi program untuk tv1... sebabnya aku tak tengok tv1.. T_T
korang layan la video kat bawah ni ya.. maaf kualiti video sangat la kurang.. pakai handphone murah saja dan tolong abaikan keadaan aku yang selekeh ye..maklumla baru habis test..
No comments:
Post a Comment