Sunday, July 31, 2011

Beribu Sesalan

Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu




ramadhan datang lagi..jom berpuasa!

Tak lama lagi kita nak puasa. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menempuh bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kemuliaan. Bagi korang yang ingat2 lupa pada niat berpuasa dan berbuka, boleh la tengok dekat bawah ni...

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan
                                                                                   
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                              
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.


            
 Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani. 



Aku nak ucapkan selamat berpuasa dan mengejarkan ibadat di sepanjang Bulan Ramadhan ni. Jangan jadi macam gambar dekat bawah ni dah la yea.

gambar dr MR.Google

Saturday, July 16, 2011

air tea yang best gile.. :)

fuh...bukan apa sangat la..tapi suka la aku kan nak kaci tajuk apa.. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni..


Besar betul gambar yea.. Bukan apa, kalau tengok dari segi rupa, nampak air biasa jea.. Tapi cuba korang try test tengok... Sedap woo..  Kerana kesedapannya, aku selalu tak sabar nak tunggu masa lunch. Gila kot..Agak2 diorang ni taruk dadah dalam air ni..

Rasa air tea susu jea, cuma rasa lebih berlemak berkrim sikit...Dan ada plak lagi buble2 yang best tue.. Memang sedap sangatlah..Kena dengan tekak aku nie...Tapi aku tak sure la diaorag ni pakai susu brand apa... Apa2 pun, hampir setiap hari aku akan beli..Dekat cafe office ni, diorang panggil red pearl milk tea... Nanti korang try la sekali yea.. But make sure sama macam air aku, nanti kata aku menipu plak... Btw, harga dia RM3.90... Apa2 pun, memang best air ni..

Sunday, July 10, 2011

Kelebihan dari PIPER BETLE L

Hari ni aku nak kongi cerita pasal daun sirih... Asyik cerita pasal shopping je kan...Hehehehhehe... Dulu masa aku kecil2 aku selalu tengok aci ni mulut dia warna merah pastu asyik mengunyah je tak berhenti2.. Sampai aku ingatkan mulut dia berdarah sebab tak berhenti mengunyah..Huhuhu...gitu sekali kan aku punya fikiran...Masa tu mana la nak tahu yang dia tu duk kunyah daun sirih..

Sebelum cerita lebih lanjut lagi, meh kita tengok dulu gambar daun sirih yang telah aku upload dari hari mr.Google kita.. :).... Mana la tahu korang dah lupa macam mana rupanya kan..




Ingat dah? kalau nak tengok lagi banyak, suruh mr.Google carikan sendiri eak..Cukupla 2 gambar aku tunjuk... =P

Sirih ni, kalau nama sainsnya PIPER BETLE L. Agak-agak kalau boring nak sebut sirih tu, sebut la Piper Betle L........Wah kelas gitu kan..

Kalau tengok dari segi rupanya, macam sama je dengan daun-daun yang lain tu kan.. Haaa tapi khasiatnya korang jangan tak percaya pula dengan apa yang aku nak cerita kejap lagi. Banyak weh...
Kalau kita tanya orang yang otai ni, maksud aku macam mak ayah or atuk nenek kita, confrim diorang akan bersetuju dengan apa yang aku cakapkan tadi..

Senarai-senarai  ini, semua kita boleh ubati dengan penggunaan daun sirih.

1. Asma
2. Barah
3. Bau Badan / Ketiak /Mulut
4. Sakit Sendi
5. Resdung
6. Kurap /Kayap
7. Demam Panas
8. Jerawat
9. Sakit Mata
10. Sakit Kepala

Kalau nak senaraikan memang banyak lagi la.. Tapi kan nak bagi tahu dekat perempuan-perempuan di luar sana, daun sirih ni memang banyak membantu kita.. Sebagai kaum hawa, aku pasti terdapat dikalangan korang yang mengalami masalah keputihan kan? Caranya mudah je, ambik beberapa helai daun sirih, rebuskan daun ni, airnya boleh la di gunakan untuk membersihkan vagina. Insyaallah kalau amalkan setiap hari, masalah tu akan beransur hilang. 

Lagi satu petua yang aku tahu ialah untuk menegangkan payudara. Mula2 sapukan daun sirih dengan minyak zaitun, lepaskan layukan daun dekat atas api.(Serius aku tak tahu nak sebutkan macam mana, layu ke layur ke..Tapi rasanya korang faham kan maksud aku). Lepas tu, agak2 dah layu, dan dah suam sikit daun tu, korang tekapkan dekat payudara.. Amalkan selalu..Berkesan la nanti..

So harap-harap info dari aku ni ada lah sedikit sebanyak dapat membantu korang, walaupun ada dua jea petua yang dikongsikan. Apa-apa pun selamat mencuba. =)

Saturday, July 9, 2011

jom shopping bag di sometime online store.

uish serius bag-bag dekat online store ni memang cantik semuanya..  Tak nyesal tersinggah sekejap.. Hehehehehehhehe..

Sekarang ni, tinggal beberapa hari saja lagi kalau korang nak borong banyak. Sebabnya promosi sampai 15th July sahaja. So apa tunggu lagi.. Jom kita singgah SOMETIME ni..

aku sekarang tengah usha bag kat bawah ni..


SIMPLE SHOPPER - YELLOW

cantik kan? murah jea.. RM49..kalau tak harga asal RM69.. Tapi masalah aku sekarang ni, bag ni dah sold out!..warghhhhhh...nak nangis.. T_T  ....nape sy tak tahu pasal online store awal2 lagi? sedihnya..

tapi dia ada warna cream jugak...macam kat bawah ni..


SIMPLE SHOPPER - CREAM

tapi kuning lagi lawa kan?.. erm...


NATHANPON 2 IN 1 SHOPPER - RED

merah woooo.... kalau berdiri tengah2 sawah ni, kerbau ke lembu mesti kejar aku kan..hahahahahhaha


3 IN 1 DAY TO DAY CITY BAG - GREY

yang ni pun cantik jugak la...tapi kan cuba tengok yang bawah ni pulak..


2 IN 1 DAILY BAG - DARK BROWN

cantik juga kan..erm.. pening2... sementara aku tengah pening nak buat pilihan, korang pergi la usha sini pulak yea.. Selamat bershopping.. :)