Thursday, April 28, 2011

looking for part time job.. :)

Aku rasa macam nak buat kerja sampingan. Dah lama sangat aku fikirkan.Bukan gaji tak cukup. Alhamdulillah. Rezeki sekarang memang dah cukup.Tapi sebagai manusia biasa aku ni, banyak sangat keinginan dan kemahuan yang membuak2..Hehehe..Gaji nak saving untuk sambung belajar. Jadi kalau ada kerja lain, boleh la belanja2 sikit kan..Mata ni, asyik rambang je bila tengok sale dekat klcc masa bbalik kerja.Hehehehe.....


Tapi masalah sekarang ni, stiap kali aku search kerja tak ada yang sesuai. Bukan aku memilih, cuma masa, tempat dan keadaan itu yang tidak mengizinkan. Kalau nak kerja pun, aku ada masa free sabtu dan ahad.Ataupun malam. Bila nak kerja, semestinya aku kena ikut jadual diorang, takkan la diaorang nak ikut jadual aku bukan. Tapi serius kalau promoter memang aku tak berminat. .Aku pun tak pandai la nak promote barang2 dekat orang.. Lagipun tak best la...Aku selalu tak suka kalau promoter datang dekat2 dengan aku..Serabut je aku rasa..


Pernah juga nak minta kerja dekat wayang mid valley, hari dah boleh. Tapi bila kena pada timing tu, yang tak boleh pula. Eish, macam mana aku nak balik rumah kalau habis kerja pukul 2 pagi..Erm, saya tak ada kereta..Sedihkan..Tak dapat pulak la nak kerja sebabnya masa tak boleh nak adjust. Kalau setakat pantai dalam dengan mid vally tak da la jauh sangat, tapi kalau jalan kaki pukul 2 pagi, memang korang tak kan sampai rumah rumah la kot aku rasa.


Terfikir nak jadi pengasuh..Mesti ada yang nak guna pengasuh bila sabtu dan ahad kan.. Macam mana aku terpikir? Sebab aku selalu tengok dalam cerita orang putih..Hehehehe..Diaorang biasa buat sambilan jaga anak orang time weekend. Apasalahnya aku nak apply kan? Tapi sekarang ni,..aku pernah buat iklan sekali kat mudah, tapi takda yang nak sabtu dan ahad..Semua nak pakai sabtu hingga ahad saja. Memang tak dapat la kan.


Jadi sekarang ni, aku masih tak ada kerja sampingan lagi..Ingat nak mengajar la...Tapi kalau setakat nak mangajar abc.....sampai z boleh tak?..Hehehehe :)

Saturday, April 9, 2011

masa berjauhan apa nak dikenang, bila di fahamkan itulah sayang... # 1

aku tak tahu la kenapa, dari dulu lagi, kawan yang rapat dengan aku mesti ada 3 orang termasuk aku jadi 4 orang semuanya...geng paling kamcing la...Dari zaman sekolah menengah, politeknik hingga uitm..tapi setiap tempat belajar dengan orang berlainan..

zaman sekolah menengah-sekolah menengah perempuan methodist kuantan, pahang.

dari kiri aku, fila, maliza dan intan...masa ni, lepas balik dari library besar dan terus pergi melepak rumah fila.

graduation night sekolah buat dekat hotel MS Garden, Kuantan...semua nak bergaya mengalahkan artis!

intan dan maliza

maliza dan aku

tak payah nak buat terjegil-jegil biji mata tu ye..memang aku kebesaran zaman sekolah dulu..kan aku pernah cerita dekat korang yang berat aku pernah menjejah 90kg dulu... ni la..T_T.. Dulu masa sekolah semua aktiviti buat sama-sama...Pegi tuisyen ke, ponteng tuisyen ke..Di sebabkan kitaorang ni dulu sekolah dekat tengah bandar, jadi lepas sekolah pergi la jalan-jalan dekat mall atau pun lepas training hoky waktu petang..

Cuma ada 1 je aktiviti yang kita orang tak buat sama, kadet polis..diorang semua masa KO dulu masuk kadet polis cuma aku je kadet remaja..Nanti tahu kenapa? Sebabnya aku ni pemalas nak kawad bagai...Punya la kan.. (-.-)"  .....Aku masuk kadet remaja sebab cikgu yang handel tak garang jadi aku tak takut la nak ponteng..Teruk betul la perangai kan?..

Tapi sape cakap kitaorang tak pernah masam2 muka?..Ada, biasa la tu semua kan..Tapi apa2 pun kitaorang tetap akan bersama semula..Walaupun sekarang, semua dah kerja, dan mempunyai keluarga bahagia masing-masing..Apa pun aku tetap mendoakan yang terbaik buat dekat korang..Friends forever!...

Sekarang,

fila vs noh

kalau nak ikutkan, kitaorang macam tak percaya, noh sebenarnya kitaorang punya senior sekolah rendah dulu, abang kepada kawan sekelas aku masa sekolah rendah juga..Diaorang jumpa semula masa gathering sekolah rendah kitaorang tahun lepas.. Kalau dah di namakan memang jodoh kan..memang tak kemana la..Gambar ni, sebenarnya gambar pre-weding diaorang..Akan bernikah 24hb Jun 2011..Apapun selamat bakal pengantin baru ye.. :))



intan vs hakim

diorang dah pun selamat berkahwin bulan 12 tahun lepas..24hb Disember 2010.. Kalau tak silap, diorang berkenalan sejak zaman intan belajar dekat uitm lagi..Intan belum kerja lagi, dia suka jadi suri rumah tangga kot.. :P ...hehehehheeheh..semoga jadi isteri yang solehah yea..dan semoga korang bertambah2 la bahagia dengan baby eak...



maliza vs suami vs adam

aku mintak maaf la ye maliza, selalu sangat aku terlupa nama suami ko, padahal selalu sangat je sembang...hehehehe..dah selalu sangat sebut papa je..Antara kitaorang berempat, maliza yang bertunang dan kawin paling awal sekali..Dah ada anak lelaki pun..Comel!..Nama anak dia adam...Untuk pengetahuan korang, maliza ni, lahir awal sehari daripada aku.. :)





nanti kita sambung dekat #2 pula ye.... :-)