Thursday, April 28, 2011

looking for part time job.. :)

Aku rasa macam nak buat kerja sampingan. Dah lama sangat aku fikirkan.Bukan gaji tak cukup. Alhamdulillah. Rezeki sekarang memang dah cukup.Tapi sebagai manusia biasa aku ni, banyak sangat keinginan dan kemahuan yang membuak2..Hehehe..Gaji nak saving untuk sambung belajar. Jadi kalau ada kerja lain, boleh la belanja2 sikit kan..Mata ni, asyik rambang je bila tengok sale dekat klcc masa bbalik kerja.Hehehehe.....


Tapi masalah sekarang ni, stiap kali aku search kerja tak ada yang sesuai. Bukan aku memilih, cuma masa, tempat dan keadaan itu yang tidak mengizinkan. Kalau nak kerja pun, aku ada masa free sabtu dan ahad.Ataupun malam. Bila nak kerja, semestinya aku kena ikut jadual diorang, takkan la diaorang nak ikut jadual aku bukan. Tapi serius kalau promoter memang aku tak berminat. .Aku pun tak pandai la nak promote barang2 dekat orang.. Lagipun tak best la...Aku selalu tak suka kalau promoter datang dekat2 dengan aku..Serabut je aku rasa..


Pernah juga nak minta kerja dekat wayang mid valley, hari dah boleh. Tapi bila kena pada timing tu, yang tak boleh pula. Eish, macam mana aku nak balik rumah kalau habis kerja pukul 2 pagi..Erm, saya tak ada kereta..Sedihkan..Tak dapat pulak la nak kerja sebabnya masa tak boleh nak adjust. Kalau setakat pantai dalam dengan mid vally tak da la jauh sangat, tapi kalau jalan kaki pukul 2 pagi, memang korang tak kan sampai rumah rumah la kot aku rasa.


Terfikir nak jadi pengasuh..Mesti ada yang nak guna pengasuh bila sabtu dan ahad kan.. Macam mana aku terpikir? Sebab aku selalu tengok dalam cerita orang putih..Hehehehe..Diaorang biasa buat sambilan jaga anak orang time weekend. Apasalahnya aku nak apply kan? Tapi sekarang ni,..aku pernah buat iklan sekali kat mudah, tapi takda yang nak sabtu dan ahad..Semua nak pakai sabtu hingga ahad saja. Memang tak dapat la kan.


Jadi sekarang ni, aku masih tak ada kerja sampingan lagi..Ingat nak mengajar la...Tapi kalau setakat nak mangajar abc.....sampai z boleh tak?..Hehehehe :)

No comments:

Post a Comment