Friday, September 16, 2011

Aku pakai braces 8 tahun.. Kau ada?

Dulu masa aku kecil-kecil, ibu cakap aku ni penakut..Memang terbukti pun, sebabnya sampai sekarang pun aku penakut lagi.. Perkara yang paling nak dielakkan berjumpa dengan doktor gigi. Aku selalu bagi alasan macam-macam. Biasalah kan budak-budak lagi..Aku rasa tak pelik, sebab ramai kat luar sana yang ada perangai macam aku ni..Hehehe..

Aku tak ingat umur berapa la, masa tu gigi aku dah nak tercabut pun tinggal nyawa-nyawa ikan la kiranya..ada ke gigi gitu? Tapi disebabkan perasaan takut yang amat sangat aku diamkan saja. Biar gigi tu bergoyang-goyang dalam mulut..Nasib baik tak tertelan gigi masa makan..Adeh, teruk betul..

Disebabkan hal ni, aku mengalami masalah gigi yang tak teratur..Mana nak cantiknya gigi tu, dah kalau macam tu perangai aku masa kecil-kecil dulu kan.. So, bila dah besar sikit, aku pun decide la nak pakai braces. Untuk pengetahuan korang, ibu aku adalah orang pertama yang melarang, sebabnya aku pun tak tahu.. Sampai ibu cerita, " Tahu tak, dia akan belah pipi tu sikit sebelah kiri dan kanan sebab nak masukkan besi kat hujung-hujung gigi tu" Tak ke gila, mahunya aku nak pergi belah pipi aku semata-mata untuk gigi..Tidak la...Aku yang masa tu, baru form 1 punya la percaya, sampai aku tak jadi nak pakai braces.. Zaman tu mana la ada orang pakai braces ni, ada pun boleh bilang dengan jari, terlalu sikit. Tapi ni dekat kampung aku la..

Sampailah masa aku form 4,anak kawan ibu pakai braces, aku pun tanyalah dekat dia, ada ke proces dia macam tu sekali? Tidak la sama sekali.. Aku bukan main suka lagi.. Kiranya seronok la..Dan memang bertekad sangat nak pakai..

Buat braces zaman tu kalau swasta memang la mahal... tak macam sekarang yang aku rasa lagi murah.. Aku pun decide buat dekat klinik kerajaan. Tapi bila buat dengan goment ni, korang kena la bersabar yang sangat banyak.. Seingat aku, selepas 5 kali rawatan tak silap, aku kena menunggu selama setahun pula untuk proces seterusnya.. Punya la lama kan?

Untuk pakai braces ni, aku terpaksa mencabut 4 batang gigi, yang 2 daripadanya adalah gigi susu aku.. Rawatan memang lambat, sebab selang 2 atau 3 bulan sekali baru aku akan jumpa doktor semula..Aduh... Akhirnya selepas habis SPM, aku kena sambung belajar dekat Penang..

Masa dekat penang, aku memang ada cari klinik kerajaan yang buat perkhidmatan ni, tapi memang sangat jauh dari tempat belajar aku.. Masa pun berlalu dengan pantas, akhirnya 2 tahun berlalu dengan macam tu je.. Gigi aku yang berkawat ni, terabai.. Tapi still dalam keadaan baik..Cuma tak ada apa-apa rawatan susulan yang aku buat..

Akhirnya, aku sambung pula belajar dekat jengka.. 3 tahun kot aku dekat sana..Selama tu jugak la tak pergi check.. Aku takut doktor lama tu mengamuk sebab aku tak pergi check up macam dia suruh.. Di buatnya betul-betul belah pipi aku ni tak ke naya aku nanti..Korang bayangkanla... Tak ke gila kan..

Akhirnya dapat je aku kerja, aku pun tanpa berlengah terus pergi check dekat klinik swasta dekat Kuantan.. Alhamdulillah doktor tu nak terima kes aku.. Buatnya aku kena pakai sampai ke tua..Bayangkanlah...apa aku nak jawab ke cucu nanti.. T_T

Dekat klinik ni, setiap bulan aku akan dapatkan rawatan.. Yang bestnya, bila part bayar, dekat klinik ni korong bayar secara installment.. Untuk tahun pertama, aku bayar RM200 sebulan dan diikuti tahun seterusnya RM100 sebulan..Kiranya, tak ada la rasa terbeban sangat dari kena bayar beribu-ribu terus kan?.. Tapi first rawatan aku kena bayar RM400, dan last rawatan sekali aku kena bayar RM300 lagi..

First aku punya check up kalau tak silapnya bulan Jun 2009 dan akhirnya masa yang di tunggu pun tiba.. 3hb September 2011 merupakan hari sejarah dalam hidup aku.. Setelah 8 tahun, aku akhirnya tanpa braces!!!.. Ko bayangkan.. lama gila kot..Ko ada? Confrim tak ada orang macam aku.. Boleh masuk dalam rekod malaysia ni, tak pun rekod dunia..

So pada korang semua, jangan la jadi macam aku.. Tahu tak dalam tempoh 8 tahun ni, aku dah nak muntah dengar orang tanya aku, "bila ko nak cabut besi ko tu so?".. Jawapan aku senang je, aku sayang nak cabut.. Hahahaha..


Gambar pertama aku tanpa braces.. Masih malu-malu nak menayangkan gigi yang telah cantik tersusun.. Hehehe..

p/s: sekarang ni aku rasa macam tak da gigi..

bulan baru, office baru, bilik baru...

Sedar tak sedar dah lama juga aku kerja dalam company sekarang ni.. 2 tahun 4 bulan, lama la kan.. Kalau korang nak tahu, dalam tempoh ni juga, dah nak masuk kali ke 3 office aku ni pindah tempah kerja.. Tapi bagus la, pindah pun ke ruang yang lagi besar..

Syoknya, kali ni aku ada bilik sendiri.. Yeayyyy... Amboi, bilik je kot..Over betul..Hehehe, bukan senang kot nak dapat bilik sendiri..Tak kisahlah walau kecil pun kan, janji ada..Kau ada? ..Eish, baru bilik weh.. :p

Sekarang office masih dalam renovation work,  hujung bulan ni baru lah pindah.. Tak sabar rasanya..


Tak siap lagi, masih rangka.. Betul tak aku cakap tadi? Kecil je pun biliknya...Kecoh je nak upload dalam blog bagaikan.. T_T ..