Monday, December 27, 2010

KEDEKUT

Tipu la kan kalau manusia tu tak da langsung sifat kedekut..Aku tak rasa pun macam tu. sebab rata-rata aku pergi, aku tengok memang la kedekut..
Kedekut ni bukan dari segi duit atau harta benda je, tapi boleh merangkumi semua benda juga..Contohnye, ilmu, tenaga dengan masa. Mesti korang confius kan beli aku cakap kedekut masa..
Bagi aku seseorang tu, boleh di kategorikan kedekut masa kalau dia selalu bagi alasan tak cukup masa..Padahal banyak jea masa berlebih2. Ala kira malas la..

Tapi masalahnya aku nak citer pasal orang yang kedekut barang sekarang!.. Maaflah cakap yea, dalam pada sifat aku yang kedekut nie, aku still boleh consider lagi barang2 aq yang orang nak pinjam.
Sebagai contoh iron, mug, sandal,hanger, sweater, tudung,shoes,  (senarai dr brg2 yg pernah dipinjamkan) or etc..

Kalau dah sampai menjahanamkan, memang agak panas la aku. Erm kenapa org susah nak jaga harta orang lain?

1. Sebab dia pinjam
2. Bukan harta sendiri
3. Peduli apa
4. Ala dia ada yang lain
5. Memang dah rosak masa aku pinjam
6. Barang kau barang lama
7. Kau banyak duit, beli baru jea.

Walau apa pun alasan korang, BENDA TU HARTA AKU!!!!!!.. Kalau dah rosak, sila ganti.. T___T ..

walaupun cume sebuah iron, tp berguna weh..Tak kan la tiap2 hari aku nak pakai baju tak bergosok!!!
Event boleh dapat dengan harga semurah RM49 dekat carefour, tapi aku dah biasa pakai iron tu..
Dari zaman poli weh!..Dah 8 tahun..Mana nak sama ngan iron baru nanti!!!

Mulai dari hari ni, aku berazam akan bersifat KEDEKUT!!!!

Thursday, December 16, 2010

malam ni

Seperti biasa aku akan mula dengan menyemak semua email dan check apa-apa yang patut.
Erm, aku tak tahulah kenapa, aku memang teramat dan sangat suka baca blog orang.
Adoii..wajib bagi aku.Adalah beberapa blog yang aku akan baca dan tengok sama ada diorang ada update entry baru ke..
Heheheheh..seronok.. Aku seronok baca apa yang diorang tulis.Tak macam aku.. T_T ...hakikat..aku tak berbakat..
sekolah dulu pun karangan BM aku berape jer..boleh bilang la penulisan aku tue markah dia..
Tapi Alhamdulillah, Penulisan A masa UPSR...hahahahhaha

Aku tak tahu, kenapa tenet sangat la lembab malam ni..
Selalu buat hal bila aku dalam keadaan yang sangat bosan.Ko dengki kan..aku tau...oh sangat keanak-anakan.

Perasaan malas membuak-buak...Sehingga kain baju dekat sebelah dari tadi aku biarkan tak berlipat.
Adeh, Kenapa takde doraemon yea kat dunia nyata..Kalau ada aku nak pinjam kejap pintu ajaib..
Nak pegi colek bibik sesape la, nak suruh lipat baju aku..Alang-alang boleh suruh masak sekali..

Ok,kene juga lipat baju!.. T_T

bukan yang pertama

Aku sendiri tak faham, kenapa aku tak terus je sambung menulis dekat blog lama aku.
Yang aku tahu, aku nak tulis dekat blog baru.
Suka hati aku lah ok, lagipun free. Dari tahun lepas dah 2 blog aku buat dan berharap yang ini yang terakhir.

Oh adakah aku seorang yang cepat berubah hati dan tidak tetap pendirian? Tidak sama sekali. Sangat la tidak tepat, sebenarnya aku BOSAN dengan blog lama. Buang yang keruh ambik yang jernih. Peribahasa yang tidak ada kena mengena sekali..sila abaikan.