Monday, February 14, 2011

tangkap cintan!

Tajuk biar xboleh blah kan. Sebenarnya sekarang nie aku gila nak buat accesories pakai kain felt nie.. Yea, aku tahu aku dah lambat..Orang lain dah berzaman-zaman tahu pasal nie..Tak kisah la kan..Tapi benda2 ni sangat la cute miut semua..Tapi aku problem menjahit..Memang fail la..Dulu masa kelas menjahit Kemahiran Hidup, minta tolong tukang jahit buatkan apron. T_T ...Sebab tue la cantik dari orang lain..Hahahhahaa

Ok mari aku tunjuk kan contoh kain2 felt ni dulu yea..

lawa kan warna2 kain felt nie..rainbow..!!..Gambar nie semua aku google..So kalau korang nak tengok banyak lagi, google la sendiri yea..Yang aku tunjukkan semuanya plain.. Tapi sebenarnya ada yang corak-corak..Sekarang nie tengok ape yang boleh buat dengan kain2 nie semua...


jeng..Jeng...jeng
keychain

pembalut diary/buku nota

bekas pen/pensil/pembaris
toy
bekas tisu

brooch

keychain lagi

comei kan? cepat angguk!..hehehehehe..rasa nak menangis jer tengok gambar2 yang di google tue semua..T_T.... Adeh!! 

Dengan sebab itu, aku pun telah mengajak en.bf ke Sungai Wang..Untuk pengetahuan semua, benda ni brasal dari Jepun, so aku pun pegi la Kedai Denso yang menjual barang2 Jepun. Bestnya kedai ni, semua barangan harganya RM5 saja..So untuk beginner macam aku, oklah pegi kedai ni..Shopping punya, dapatla membeli kain felt 4 jenis warna saiz yang kecil2 tue 2 bungkus.Then beli benang pelbagai warna, jarum jahit serta bekas meletak barang2 menjahit semua. Sangat la excited gila..

Disebabkan aku sangat tidak reti menjahit, so aku kene start belajar menjahit semua..Semua jenis2 jahitan, belajar kat youtube.. 

Doakan aku berjaya yea..weeWEee

26 tahun

Owah... dah bertambah umur lagi tahun ni.. Tapi its ok... Aku suka. Menandakan aku makin dewasa. Alhamdulillah.

sakit hati

pagi tadi, dalam perjalanan ke office, aku msg ****,

"Assalam..morning...**** yang pasal tudung nak pulang tue xboleh la..
sebabnya dah sebulan..dier bagi tukar dalam masa seminggu lebih kurang jea..sorry la"


macam tue la msg aku pada dier..Untuk bengetahuan korang, aku ada jual shawl,kasut or beg secara online.. Yang untuk member aku ni, aku tolong belikan barang untuk dia, tapi aku markup la sikit harga. Tapi serius tak banyak pun, lepas untung tambang aku pergi beli jea.Kawan-kawan, kenapa kita nak kena berkira kan?

Ok, balik pada cerita tadi..Sampai office, aku dapat reply msg dari dia,

"Wei... nape ko baru bagitau tak leh pulang awal? nape br ckp sekarang? patutnya kalu bole tukar dalam mase sebulan
ko bagitau awal2...camne ko niaga..xkan ko br tau kot xleh tukar dalam sebulan..Kalau aku tau awal senang aku nak return.."


sebenarnya panjang lagi dia reply..tapi cukupla tu jer yg aku tulis dekat sini..
Buat pengetahuan, aku dah bagitau awal-awal lg masih dia ambik shawl tue, mungkin sebab dier terlalu excited atau terlalu sibuk sampai dia lupa ape yang dia kata. Serius, aku betul-betul bengang bila dia ckp "camne ko niaga"..Yeala, aku memg tak pandai, ko saja yang pandai..
Kalau ko pandai, kenapa ko hold benda tu sampai sebulan? Asal tak bagi awal2?

Oh, terlupa plak..Mungkin sebab ko deal dengan aku kan..Main value kecil jea.Tak sampai pun ratus2 or puluh ribu..Serius nie last deal aku dengan ko..


Terima Kasih..


p/s: Bukan lg menolong tapi lagi membebankan.

Thursday, January 27, 2011

syukur


S.Y.U.K.U.R


ALHAMDULILLAH, moga permulaan yang baik untuk tahun ini..





Monday, January 17, 2011

KENALI AKU

Serba sedikit yang aku boleh kongsikan bersama2..

1. Pakai braces
2. Orang panggil aku SO sejak Form 1
3. Aku pernah berat 90kg keatas..T_T.. Serius gemuk gila. Seluar pun kalau tak silap saiz 38.
4. Aku ada tahi lalat dekat tepi hidung belah kiri.
5. orang yang tak kenal aku akan cakap aku 'kerek'..(mungkin sebab raut muka aku kot)
6. Aku tak pandai pakai heels
7. Aku tak suka makan taugeh...Kalau ada dalam mee goreng or char keuw teaw aku akan asing2kan dulu sebelum makan.
8. Aku gila shawl..
9. Saiz kaki aku 9. Tapak kaki Gajah!!(T_T)
10. Memang kuat makan
11. Kawan-kawan cakap aku gedik!!.. Hahahahahha..sebab peramah sangat
12. Aku boleh shopping/window shopping 24jam tanpa henti
13. Aku tak suka memandu, walaupun dah ada Lesen sejak  umur 17tahun lagi.
14. Aku tak suka makanan mamak..(EEeee, pernah nampak mamak lap peluh masa masak roti canai, then kain tue buat tutup roti2 yang belum masak lagi tue ..euuUU geli weh!!!)
15. Dalam adik beradik perempuan aku paling tinggi + gemuk!!(bencii)
16. Aku rabun yang tak suka nak pakai cermin mata
17. Aku xpandai sound direct..Aku suka pendam, Bila tak boleh nak handle aku akan nangis.
18. Aku ada bantal busyuk warna merah yang wangi bangat!..HAHAHAHHAHA..Beli masa part 4 dekat Carefour Seberang Perai.
19. Tinggi aku 167.5cm..
20. Sebenarnya aku sangat la peramah sampai tak reti nak stop bila bersembang..(T_T)..


20 senarai nie saja yang aku dapat kongsikan bersama2..Itupun kalau ada yang baca blog aku nie.. :) :)

Tuesday, January 11, 2011

SITI NURHALIZA

Hari ni gelap la umur dia 32 thun.. Amboi, sejak bila plak aku ni ambil kisah hal dia? Tidak yer..Tidak la sama sekali..Event korang tanya penyanyi kesukaan aku pun, pasti aku tak tahu umur dia..

Tapi disebabkan radio ERA FM nie asyik bagitau hari ni hari jadi dia. Adoi, Dato CT nie ada melobi dekat radio ni ke?..Erm boring la..Zaman dia dah berlalu kot..Cukup2 la kan..Boring weh..

Bukan jealous ok..Cuma tak perlu la kot sampai nak bagitau pendengar radio bagi ucapan kat dia..Kononnya tinggal lagi sejam je lagi..

p/s: birthday aku pun bulan JANUARI.. :-)

Monday, January 10, 2011

AJL 25

Semalam aku menunggu dengan penuh sabar walaupun dah penat seharian aku berjalan tengok pameran vespa dekat bukit jalil.Tapi aku rasa sangat hampeh jer..Keputusan x ada yang best kecuali tempat ke-2, Drama King nyanyian Black dan Meet Uncle Husin.

Aku sampai sekarang tak faham kenapa Ana Rafali tu boleh menang..Adoii, TAK BEST arr lagu dia.. Tapi siapa la aku nak dibandingkan dengan juri2 malam tue kan..M Nasir pulak ada sekali selaku Ketua Juri..(kalau bukan sorry la eak)..

Aku rasa lagu Hanyut lagi best kot..Hahahaha..Walaupun korang tak setuju, tapi aku tak tahu la kenapa aku suka sangat lagu tu.Kalau jadi juri confirm la aku bagi dia menang..Paling aku tak puas hati kategori vokal terbaik..Adoi!..Hafiz? Erm, aku rasa TAK PATUT!!!!...Aku rasa suara si Adira lagi best kot..

Entah la aku tak kisah la siapa yg akan menang vokal terbaik.Cuma bila Hafiz menang, aku rasa patut ker? Apa2 pun Black tetap best..Cuma semalam aku rasa persembahan dia kurang la sikit...T_T

Tue jea la aku nak tulis!..Daa.Daa



saje nak taruk gambar pemenang nie..hehehehehe..


Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s : sama2 la kita fahami lagu nie eak..