Wednesday, March 23, 2011

header baru

Saja nak bagitau aku ada header baru..Mesti terkejutkan? Pandai pula la SO nie buat header?..Oh no.no.. Bukan aku yang buat...Tapi aku mintak tolong ezan buatkan..Hehehehe....


ps: nak jugak? klik jea warna merah nie.. :-)

Monday, March 21, 2011

Baby Shower Party vs Kenduri Doa Selamat

Korang pernah dengar tak pasal baby shower?..Kalau dulu memang tak la kan..Tapi sekarang ni aku rasa dah ramai yang tahu..Dan aku rasa dah ada juga yang memulakannya..Untuk lebih memahami tentang baby shower ni, aku pun google la dekat wikipedia..So ni jawapannya,


"is a way to celebrate the pending or recent birth of a child by presenting gifts to the parents at a party"


Faham dah sekarang maksudnya?..So aku tak rasa pun Baby shower ni sebenarnya macam melenggang perut..Cuma dapat aku rasakan yang ianya hanyalah sebuah pesta yang meraikan pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran anak mereka dan para tetamu yang hadir akan membawa hadiah untuk mereka.So, apa yang salahnya kan?


Nanti dulu, Ya, aku memang kata Baby shower tu tak salah..Dan tidak pula aku menyokong..Cuma bagi aku, kepada yang beragama Islam apa kata kita tukar Baby Shower Party tu kepada Kenduri Doa Selamat..Kan lebih baik dan lebih bagus..Dan biarkan saja, agama lain yang menyambut Baby Shower Party tu..


Dalam keadaan kita yang sarat mengandung dan menanti cahaya mata, alangkah baik dan bagusnya jika kita lebih mendekatkan diri pada Allah. Sebabnya, dalam kenduri itu nanti kita boleh selitkan dengan bacaan doa, sembahyang hajat, bacaan Al-Quran dan macam2 lagi.. Moga2 lebih dipermudahkan lagi saat melahirkan..


Apapun, setiap amalan kita di dunia ni, akan di hitung walau sebesar zarah pun..Walaupun aku tidaklah sepandai mana, dan cetek ilmu agamanya, tapi kita boleh saling ingat mengingatkan..Ya, memang kubur lain2, dosa pun diri sendiri yang tanggung, tapikan, masa kita mati nanti, kita masih memerlukan orang lain untuk mengkhafankan, memandikan dan membacakan talkim untuk kita..So tak salah kalau kita saling ingat mengingatkan..


ps:kalau orang ajak pergi Baby Shower Party macam mana pula yea? Errmm..

Sunday, March 20, 2011

CIK EPAL CONTEST

jangan nak buat terkejut yea..memang aku nak join contest yang cik epal nie buat..Tp ambik gambar biar malu2..T_T ... Its ok, belum cuba belum tahu lagikan..Untung2 dapat menternak lemak dengan cik epal... Best woOO..

mula2 meh la kita taruk header cik epal nie yea..


nie la gambar aku malu2 makan epal yea..


slogan die pulak.....


Saya membaca blog cik epal kerana saya rasa blog nie ada kelainan sikit..Entahlah, first time baca, rasa nak terus jer membaca dan terus melekat sampai sekarang..Dan yang penting tak rasa boring pun....Dan satu lagi saya dapat lihat your self confident sangat bagus..walaupun suka menternak lemak..hehehehehehe...jangan marah yea cik epal.. =P



Kalau korang nak join pun boleh lagi..Sebab masih lagi terbuka...Kalau nak tahu caranya2 just pegi dekat blog cik epal...Tak tahu?..Click jer nama cik epal yang aku dah link kan tue yea...

2 kawan yang aku nak tag tuk contest nie, zira dan anis


Thursday, March 17, 2011

soalan yang tak mampu aku jawab

Sejak kebelakangan ni, kerap sangat aku di ajukan dengan soalan yang satu ni...Serius, aku memang tak reti nak jawab...So/Uya bila nak kawin yea?...Tapi kan, kalau orang yang belum kawin tanya macam mana yea...?Aku tak marah pun kalau korang tanya soalan tu..Cuma aku rasa, kenapa yea korang tanya soalan gitu dekat aku..? (^-^) 

Bila tengok2 balik semula...ramai sungguh kawan sebaya dah pun tukar status...Ada jugak yang dah beranak pinak pun...Padal la sibuk sangat orang tanya....Tapi kan, satu jer aku nak tanya, "kalau kawan kau dah kawin, kau pun kena kawin jugak ke? What the.......

Aku kira nasib baiklah, dapat family yang tak pernah nak paksa2 atau sibuk suruh aku kawin...Walaupun kadang2 abah aku suka bergurau cakap ada yang datang merisik...Tak ada la pulak orang nak merisik aku ni kan...I'm not like Hana Tajima yang comel tu.. T_T..

Tapi aku dah ada jawapan pada soalan tu sekarang...So bila ada orang tanya, aku akan suruh pegi cari jawapan dekat blog aku ni..Hahahahhaha..Good idea kan?..hehehehehe..

Soalan:
Bila nak kawin?

Jawapan:

1. Tak kan aku nak perigi cari timba? Cakap dekat en.BF, awak tolong pinang saya sekarang, kawan2 semua dah kawin, saya kena la kawin jugak!!!..tak kuasa mak nyah oiiii...

2. Saya tak ada duit lagi..Of course la nak kawin kena pakai duit yang banyak kan...Takkan nak harapkan ibu abah support sepenuhnya kan..Kalau boleh, aku tak nak nyusahkan ibu abah dari segi kewangan..

3. Tahun ni, aku sambung belajar, so aku tak pandai nak bahagi2kan masa..Aku bukan seorang pengurus masa yang baik..Aku tak belajar lagi macam mana nak jadi seorang pelajar, anak dan isteri pada satu masa...

4. Aku tak puas hidup bujang lagi...Ada banyak benda aku nak kena buat sebelum kawin.

5. Aku tak sedia nak jadi isteri..


Aku rasa itu sahaja sebab kenapa aku tak kawin lagi buat masa yang terdekat ni..Tapi andai ada jodoh, dah pada masa tu memang sesuai, aku akan khabar2kan pada korang semua ya..So tak ada la korang semua penat2 nak kawin kan...


ps: aku rasa aku terlalu muda sangat untuk berkahwin..Hehehehehe


Wednesday, March 16, 2011

pesan abah pada aku

"uya, manusia ni ada macam-macam perangainya....dan tak semestinya dia rapat dengan kita bermakna dia suka kita"


Mendalam apa yang abah cakap tu..Dan aku akui ada benarnya kata2 abah...Rambut sama hitam, tapi hati lain2.... Lagilah sekarang, rambut pun dah macam2 warna...Hati lagi la susah nak cakap kan...Tapi, aku tahu tak semua macam tu...Cuma susah sikit la nak jumpa.. Zaman sekarang semua sedang berlari-lari mancari tapak untuk keselesaan sendiri. Sampai tak nampak dah parking kat tempat orang lain..  

BB

nak BB la... boleh x?

Tuesday, March 15, 2011

lemah dr segi mental

erm...adakah benar?



bila aku pikir2 semula, memang ada kebenarannya...aku memang lemah sedikit dari segi mental...Tapi itu tak bermakna aku gila yea..Eish..maksud aku, dari segi ketabahan..Tapi tak semuanya...Sesetengah perkara sahaja...Tapi itu tak bermakna aku tak cekal kan..Cuma aku mudah tersentuh..