Thursday, January 27, 2011

syukur


S.Y.U.K.U.R


ALHAMDULILLAH, moga permulaan yang baik untuk tahun ini..





Monday, January 17, 2011

KENALI AKU

Serba sedikit yang aku boleh kongsikan bersama2..

1. Pakai braces
2. Orang panggil aku SO sejak Form 1
3. Aku pernah berat 90kg keatas..T_T.. Serius gemuk gila. Seluar pun kalau tak silap saiz 38.
4. Aku ada tahi lalat dekat tepi hidung belah kiri.
5. orang yang tak kenal aku akan cakap aku 'kerek'..(mungkin sebab raut muka aku kot)
6. Aku tak pandai pakai heels
7. Aku tak suka makan taugeh...Kalau ada dalam mee goreng or char keuw teaw aku akan asing2kan dulu sebelum makan.
8. Aku gila shawl..
9. Saiz kaki aku 9. Tapak kaki Gajah!!(T_T)
10. Memang kuat makan
11. Kawan-kawan cakap aku gedik!!.. Hahahahahha..sebab peramah sangat
12. Aku boleh shopping/window shopping 24jam tanpa henti
13. Aku tak suka memandu, walaupun dah ada Lesen sejak  umur 17tahun lagi.
14. Aku tak suka makanan mamak..(EEeee, pernah nampak mamak lap peluh masa masak roti canai, then kain tue buat tutup roti2 yang belum masak lagi tue ..euuUU geli weh!!!)
15. Dalam adik beradik perempuan aku paling tinggi + gemuk!!(bencii)
16. Aku rabun yang tak suka nak pakai cermin mata
17. Aku xpandai sound direct..Aku suka pendam, Bila tak boleh nak handle aku akan nangis.
18. Aku ada bantal busyuk warna merah yang wangi bangat!..HAHAHAHHAHA..Beli masa part 4 dekat Carefour Seberang Perai.
19. Tinggi aku 167.5cm..
20. Sebenarnya aku sangat la peramah sampai tak reti nak stop bila bersembang..(T_T)..


20 senarai nie saja yang aku dapat kongsikan bersama2..Itupun kalau ada yang baca blog aku nie.. :) :)

Tuesday, January 11, 2011

SITI NURHALIZA

Hari ni gelap la umur dia 32 thun.. Amboi, sejak bila plak aku ni ambil kisah hal dia? Tidak yer..Tidak la sama sekali..Event korang tanya penyanyi kesukaan aku pun, pasti aku tak tahu umur dia..

Tapi disebabkan radio ERA FM nie asyik bagitau hari ni hari jadi dia. Adoi, Dato CT nie ada melobi dekat radio ni ke?..Erm boring la..Zaman dia dah berlalu kot..Cukup2 la kan..Boring weh..

Bukan jealous ok..Cuma tak perlu la kot sampai nak bagitau pendengar radio bagi ucapan kat dia..Kononnya tinggal lagi sejam je lagi..

p/s: birthday aku pun bulan JANUARI.. :-)

Monday, January 10, 2011

AJL 25

Semalam aku menunggu dengan penuh sabar walaupun dah penat seharian aku berjalan tengok pameran vespa dekat bukit jalil.Tapi aku rasa sangat hampeh jer..Keputusan x ada yang best kecuali tempat ke-2, Drama King nyanyian Black dan Meet Uncle Husin.

Aku sampai sekarang tak faham kenapa Ana Rafali tu boleh menang..Adoii, TAK BEST arr lagu dia.. Tapi siapa la aku nak dibandingkan dengan juri2 malam tue kan..M Nasir pulak ada sekali selaku Ketua Juri..(kalau bukan sorry la eak)..

Aku rasa lagu Hanyut lagi best kot..Hahahaha..Walaupun korang tak setuju, tapi aku tak tahu la kenapa aku suka sangat lagu tu.Kalau jadi juri confirm la aku bagi dia menang..Paling aku tak puas hati kategori vokal terbaik..Adoi!..Hafiz? Erm, aku rasa TAK PATUT!!!!...Aku rasa suara si Adira lagi best kot..

Entah la aku tak kisah la siapa yg akan menang vokal terbaik.Cuma bila Hafiz menang, aku rasa patut ker? Apa2 pun Black tetap best..Cuma semalam aku rasa persembahan dia kurang la sikit...T_T

Tue jea la aku nak tulis!..Daa.Daa



saje nak taruk gambar pemenang nie..hehehehehe..


Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s : sama2 la kita fahami lagu nie eak..

Monday, December 27, 2010

KEDEKUT

Tipu la kan kalau manusia tu tak da langsung sifat kedekut..Aku tak rasa pun macam tu. sebab rata-rata aku pergi, aku tengok memang la kedekut..
Kedekut ni bukan dari segi duit atau harta benda je, tapi boleh merangkumi semua benda juga..Contohnye, ilmu, tenaga dengan masa. Mesti korang confius kan beli aku cakap kedekut masa..
Bagi aku seseorang tu, boleh di kategorikan kedekut masa kalau dia selalu bagi alasan tak cukup masa..Padahal banyak jea masa berlebih2. Ala kira malas la..

Tapi masalahnya aku nak citer pasal orang yang kedekut barang sekarang!.. Maaflah cakap yea, dalam pada sifat aku yang kedekut nie, aku still boleh consider lagi barang2 aq yang orang nak pinjam.
Sebagai contoh iron, mug, sandal,hanger, sweater, tudung,shoes,  (senarai dr brg2 yg pernah dipinjamkan) or etc..

Kalau dah sampai menjahanamkan, memang agak panas la aku. Erm kenapa org susah nak jaga harta orang lain?

1. Sebab dia pinjam
2. Bukan harta sendiri
3. Peduli apa
4. Ala dia ada yang lain
5. Memang dah rosak masa aku pinjam
6. Barang kau barang lama
7. Kau banyak duit, beli baru jea.

Walau apa pun alasan korang, BENDA TU HARTA AKU!!!!!!.. Kalau dah rosak, sila ganti.. T___T ..

walaupun cume sebuah iron, tp berguna weh..Tak kan la tiap2 hari aku nak pakai baju tak bergosok!!!
Event boleh dapat dengan harga semurah RM49 dekat carefour, tapi aku dah biasa pakai iron tu..
Dari zaman poli weh!..Dah 8 tahun..Mana nak sama ngan iron baru nanti!!!

Mulai dari hari ni, aku berazam akan bersifat KEDEKUT!!!!

Thursday, December 16, 2010

malam ni

Seperti biasa aku akan mula dengan menyemak semua email dan check apa-apa yang patut.
Erm, aku tak tahulah kenapa, aku memang teramat dan sangat suka baca blog orang.
Adoii..wajib bagi aku.Adalah beberapa blog yang aku akan baca dan tengok sama ada diorang ada update entry baru ke..
Heheheheh..seronok.. Aku seronok baca apa yang diorang tulis.Tak macam aku.. T_T ...hakikat..aku tak berbakat..
sekolah dulu pun karangan BM aku berape jer..boleh bilang la penulisan aku tue markah dia..
Tapi Alhamdulillah, Penulisan A masa UPSR...hahahahhaha

Aku tak tahu, kenapa tenet sangat la lembab malam ni..
Selalu buat hal bila aku dalam keadaan yang sangat bosan.Ko dengki kan..aku tau...oh sangat keanak-anakan.

Perasaan malas membuak-buak...Sehingga kain baju dekat sebelah dari tadi aku biarkan tak berlipat.
Adeh, Kenapa takde doraemon yea kat dunia nyata..Kalau ada aku nak pinjam kejap pintu ajaib..
Nak pegi colek bibik sesape la, nak suruh lipat baju aku..Alang-alang boleh suruh masak sekali..

Ok,kene juga lipat baju!.. T_T

bukan yang pertama

Aku sendiri tak faham, kenapa aku tak terus je sambung menulis dekat blog lama aku.
Yang aku tahu, aku nak tulis dekat blog baru.
Suka hati aku lah ok, lagipun free. Dari tahun lepas dah 2 blog aku buat dan berharap yang ini yang terakhir.

Oh adakah aku seorang yang cepat berubah hati dan tidak tetap pendirian? Tidak sama sekali. Sangat la tidak tepat, sebenarnya aku BOSAN dengan blog lama. Buang yang keruh ambik yang jernih. Peribahasa yang tidak ada kena mengena sekali..sila abaikan.